Kehidupan dan Pekerjaan Cem Özdemir

Setelah menduduki ujian Mittlere Reife (Setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia), Özdemir menjalani latihan vokasional sebagai seorang pendidik sehingga beliau tamat dengan sijil Fachhochschulreife, (sijil vokasional yang setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Beliau kemudiannya menyambung pengajian di sebuah Fachhochschule, (universiti teknikal) dan berjaya tamat dengan ijazah dalam bidang Pedagogi Sosial. Dari tahun 1987 beliau bekerja sebagai seorang pendidik dan juga wartawan bebas. Özdemir merupakan anak kepada seorang pendatang Turki dan beliau telah berkahwin dengan seorang wartawan berketurunan Jerman-Argentina Pia Castro. Pasangan itu kini memiliki seorang anak perempuan. Awal tahun 2002 beliau menjadi model bagi sebuah pengeluar sut. Özdemir adalah seorang penganut agama Islam.